Tuesday 26 April 2011

KUIH KARAS SELERA PERANTAU

Selera Perantau merupakan sebuah syarikat bumiputera. Beroperasi di alamat,  DB-B-2-34, Jalan Tunku Ibrahim, Pekan Rabu, 05000 Alor Star, Kedah. Perniagaan ini baru sahaja ditubuhkan dan ianya merupakan hak milik persendirian kepada seorang usahawan iaitu Puan Fatimah bt Mehah. Produk utama yang dihasilkan oleh perniagaan Selera Perantau ialah kuih tradisional iaitu kuih karas. Di samping itu, perniagaan ini juga tertumpu kepada penjualan kuih-kuih tradisional yang lain seperti kuih loyang, kuih bakar, simpul kasih, kuih sepit, popia, kuah rojak, rempeyek, kuih bawang, dodol, serunding dan sebagainya. Selain itu, perniagaan ini juga menerima tempahan dari peniaga lain yang ingin menjual produknya serta menerima tempahan untuk kenduri.



Untuk menyediakan adunan,perkara yang perlu perlu dilakukan dengan terlebih dahulu ialah air dimasak sehingga mendidih. Air tersebut dibiarkan sehingga sejuk sebelum ia dicampurkan dengan tepung dan gula.Adunan tersebut dibiarkan dalam bekas dan ia dibiarkan untuk sementara.

Karas dibuat dengan menggunakan tempurung kelapa yang berlubang-lubang halus. Acuan ini diikatkan pada sebatang kayu melintang pada tempurung dan diikatkan dawai ditengah-tengah kayu tadi agar boleh digantungkan tempurung di atas kuali.

Adunan dituangkan ke dalam tempurung yang digantung di atas kuali yang telah panas minyaknya. Adunan akan mengalir melalui lubang-lubang halus pada tempurung ke dalam kuali. Gerakkan dawai acuan (seperti membuat roti jala) dan jadikan adunan sebesar piring. 


Goreng sehingga karas garing dan berwarna perang. Angkat dan lipat ikut kesukaan masing-masing dan ia dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.


Setelah  karas tersebut betul-betul sejuk ianya akan dibungkus ke dalam pembungkus yang disediakan.